Monday 10 September 2012

Entry Khas Buat Cheqna

My Love Story 

Hmm. Rasa jiwangnye hari ini nak cerita pasal cinta ni. Tapi untuk menyahut cabaran my "Favorited Blogger - Cheqna" I try la kan mane tau boleh dapat saguhati ke untuk contest kat blog Cheqna.

 - The secret revealed -

Setiap sesuatu terjadi bersebab, tuhan itu maha mengetahui. I tak pernah terfikir, pada malam i temankan jiran i yang merangkap best friend i menjadi titik permulaan untuk i dan mr hubby untuk 'terkenal' = ter berkenalan di ruang maya. Macam malas pada mulanya nak temankan si Nani ke Giant malam tu sebab jauh gak nak jalan kedepan dari rumah, tapi semangat setia kawan punya pasal, temankan jugak. Sampai kat Giant, Nani ajak pulak pergi CC, hmm lagila malas, katenye kejap je. Temanlah lagi, setia kawankan. Kat CC, tengok dia main kat chatroom tu macam bestla plak, da pukul 10 malam, i cakap kat owner CC nak gakla, die cakap nak tutup. Owner tu bagila i try kejap. Banyak nama i choose nak kawan, sume yang Tengku2, Syafiq la, Danial la, haha kelakar la. Mase tu i umur 18, biasela ayat mule2 nak kenal kan, dorang tanye name, timpat tinggal dll la. Hmm sume bawah umur i, siap tingkatan 3 pun ade. Huh.

Tiba-tiba ade chatter say hai, nickname dia Chapek, tak sedap langsung. I sibuk tengok si Nani sebelah. Best je tengok die. Chapek tu tanye lagi tinggal kat mane. Dah 10.15, lagi 15 minit dah nak balik. Tak payahla main lagi. Chapek tu tanye lagi umur berape. Ala.. Asallah dia aje yang hai ni, takde ke orang lain. So, dah nak balik. I cakap 'Bye'. Dia balas..

Chapek : Hai.
Chapek : Tinggal kat mane.
Chapek : Umur berape.
Nazura : Bye.
Chapek : Boleh tak saya nak kenal dengan u.
Chapek : Tak apa la kalau tak sudi.
Chapek : Bye.
Nazura : I dah nak balik, kejap je sebab teman kawan.
Chapek : Okayla, boleh tak saya nak kenal dengan u
Nazura : Tahla, bolehla.
Chapek : Macam mane nak kenal dengan u.

Dah pukul 10.25 malam, dah kene balik. Kedai dah nak tutup, campur plak kang mak kat umah menjerit plak. 

Nazura : Okayla, saya kene balik. 
Nazura : Bye
Chapek : Boleh tak saya nak nombor telefon u

Tak tau kenape, ringan je tangan taip nombor telefon dan tekan enter, lepas bagi baru pikir, tah sapela i bagi nombor. Tapi, bukan i nak layan pun kalau dia call. Hehe. 

Memang dia tak ada call, so i pun okay je, sebab tak pikir ape-ape. 

Lepas empat bulan, i kan baru nak 18 tahun, sementara tunggu keputusan SPM, i keje kat The Store dengan kawan baik i dari sekolah menengah, Ismaliza. I keluarkan gaji dengan Ismaliza pakai buku di Maybank, tiba-tiba ade call. Dalam bank mane boleh bunyi handphone, bisingkan. So, i tak angkat. Buat silence. Tak lama tu, lepas i keluar nak pergi makan pulak, ade call lagi dari nombor yang tak dikenali, i angkatla, then lepas cakap dia kenalkan diri dengan nama "Chapek". Biar betul, macam penah dengar je name tu. Dia pun ingatkanla, dia dapat dari chatroom. Barula i ingat, i tanye asal name Chapek, dia cakap Chapek tu dalam bahasa Perak ialah tempang, nama sebenar Azam. Alamak, lagila i malas nak layan. Tapi i ni jenis kesian, takkan nak letak je telefon. Lepas tu, ade je nombor tu naik, i tak angkat. Confirm i taknak layan da. Tapi isma cakap tak baik buat cmtu. Satu malam tengah mood baik, Chapek tu call lagi, dalam hati, rajin betul mamat ni kan nak call i. Ade yang i rase okay, jarang pulak nak call i. So, sebab mood i tengah okaykan, i pun angkatla telefon and layan dia borak. Best jugak borak dengan mamat ni sebab dia jenis cakap direct. Dia beritahu, dia pun tak penah pergi CC, itu pun sebab dia eksiden, so dia dapat cuti 2 bulan, sebab boring dia pun lepak kat CC, sekali je pun pergi. Lepas tu, dia dah kerja balik, tengah boring-boring tengok ade nombor kat wallet selit nombor i, so dia try call. 

Lama jugak kawan dalam phone, rasenye dalam empat bulan. Dia ajak jumpe. I susah nak percaya orang, tapi, mamat ni okayla. I pun nak tau jugak rupa dia macam mane. I tanye kawan baik i, Ismaliza, dia pun nak tau macam mana orangnya, so i cakap jumpe kat tepi rumah. Bila dah jumpe, hmm not bad jugak orangnye, bagi i handsome untuk diri i da cukup, tak perlu di mata orang.

Lepas berjumpa, barula i tau, dia tak tempang. Lagila i okaykan. Selepas mengenali hati budi, i dapat rasakan i dan dia sangat serasi. I tolak tawaran belajar sebab takut kehilangan dia. I belajar dekat-dekat je dengan rumah i. Setelah berkenalan selama 4 tahun, kami yakin kami telah dijodohkan oleh tuhan. Kami berkahwin pada 6/8/2005. Tapi, semua terbayar, sekarang dia merupakan sumber inspirasi dan idola i. Diala penawar segala kesakitan i. Terima kasih tuhan kerana memberi Azam kepada diriku ini. Bukan hanya Azam, tapi sebaik-baik Azam. Khairul Azam = Sebaik-baik Keazaman. 


Kami dianugerahkan Wardah Adriana dan Juwana Arissa sebagai pelengkap hidup kami. Semoga tuhan memberi rahmat buat Nani dan Ismaliza yang menjadi punca kami bertemu. Walaupun berjauhan dari u, u tetap menjadi pojaan hatiku sayang. 

2 comments: