Hari ni hari untuk motivasi diri sendiri supaya diri semakin improve dari kesemua aspek.
Setiap hari bila bangun fikiran mesti ingat nak pergi kerja, tapi hari ini pelik sebab ingat mati. Sebab semalam I mimpi arwahyarham ibuku. Tiba-tiba rase rindu sangat pada beliau. Insan yang membesarkan I yang menginginkan I untuk menggantikannya. Kalau bole bercakap dengannya sekarang I akan cakap,
"Emak, Kak Long akan sedaya upaya untuk jadi kuat seperti Emak".
I nak happy, I tak nak memikirkan masalah lagi. Sebab nanti muke cepat tue, cepat berkedut, hati pun sakit dan yang paling penting tuhan tak sayang. Sebab sume yang tuhan beri hanyalah dugaan bagi hambaNya yang Dia sayang. Kalau kita melatah dan mengeluh samelah kite mengeluh dengan pemberianNya. Setiap apa yang Dia beri pasti bersebab. Inilah petua ke-happy-an I juga. Bila I susah dan sedih I akan cube motivasi diri I, bersyukur dan ingat bende-bende yang happy. Hingga sekarang, I masih berusaha untuk improve dan improve menjadi yang lebih baik.
Ini adalah bende-bende yang happy I ingat untuk motivasi diri tu.
My Hubby
My Daughters
Sebelum I menutup mata untuk selame-lamenye, I nak I happy dan menghappykan semua orang. I dah tua rupenye. Tahun ni I da masuk 3 series. OMG. Insyaallah tuhan permudahkan segalanya hingga I menutup mate. I tak berjaye dalam segalanye, tapi cukupla kejayaan I melihat orang yang I sayang berjaya dan bahagia iaitu My Hubby, My Daughters, My Sibling Ling 'n' My Both Whole Family. I berharap setiap insan yang bertahta di hati I akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat kerana kerana itula yang mambahagiakan I. I akan berusaha sebaik mungkin untuk kebahagiaan semua kerana I ingin bahagia. Macam serius plak entry I hari ni. Hehehe.
No comments:
Post a Comment