Berasal dari sebuah keluarga yang sederhana, terlihat seperti gadis biasa pada umumnya. Namun, jika semua berfikir begitu, bererti bahawa seseorang itu belum tahu siapa dia. Dia tidak berfikir seperti orang lain yang mempunyai hidup yang normal. Memang sume akan diuji, tapi masing2 ada bahagian masing2 dari Allah. Segalanya pasti terbaik dari Allah.
Pengalaman membentuk seseorang dari segi fizikal dan mental. Dia sering diuji dan terus diuji, walaupun dia nampak tenang namun hanya tuhan tahu segalanya. Segala ranjau berduri dan jalan yang berliku terus dia lalui dengan redha. Dikala malam, hanya cahaya bintang dan bulan yang selalu menemaninya. Keluar di laman utk mencari erti ketenangan seorang diri sudah menjadi lumrah hidupnya sementara menunggu pulang bapanya. Bila tiba bapanya pulang, pura2 membuat homework. Dan terus tersenyum pada bapanya tanda dia okay.
Sebagai seorang hamba Allah, die sangat penyayang. Walaupun sume mengapai bahagia secara normal tapi dia sangat berbahagia hanya kerana dia dapat merasai kehadiran aura seorang bapa dan kasih sayang seorang ibu. Hakikatnya, dia tidak pernah tidak menyayangi sesiapa. Termasuk insan yang pernah menyakitkan hatinya sedalam2 sekalipun. Dia terima segalanya sebagai dugaan dan hidupnya terus bahagia dengan dugaan. Dia sanggup berkorban demi kebahagian orang lain. Walaupun hatinya menangis, tapi die mampu membuat orang lain tersenyum kerana die cuba menjadi sekuat yang mungkin demi kebahagiaannya juga.
Dikala, orang terus menghina dan mengherdiknya, dia lebih rela begitu dari orang yang dia sayangi diaibkan. Segala yang dilalui sepanjang dia kecil hingga dewasa dirahsiakan sedalam-dalamnya menampakkan dirinya bahagia demi menjaga keaibban insan yang dia sayangi. Dia cuba menjadi yang terbaik tapi segalanya hanya dari ketentuan Allah. Kalau boleh dia mahu semua orang yang dia sayangi terus bahagia dan tersenyum gembira. Tapi segalanya sekali lagi, dari ketentuan tuhan. Tidak pernah untuk menyalahkan tuhan, dia terus terima segalanya sebaik mungkin. Tidak mungkin dia akan menerangkan segalanya kepada semua demi menjaga maruahnya sendiri kerana dia tidak akan fikir apa kata orang tentang dirinya, tapi kata Allah kepada dirinya kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Kini, segalanya terbalas sedikit demi sedikit. Dia bahagia dan insyaallah akan terus bahagia selama-lamanya. Semoga tuhan sentiasa mendengar doanya.
Semoga insan2 yang dia sayangi akan mendapat redha dan berkat dari Allah.
No comments:
Post a Comment