- Kesabaran kunci kejayaan -
Wah, arini macam mood berpidato plak kan. Hehe. Sebenarnye, sekadar nak berkongsi sesuatu yang sangat baik untuk kite. Sekalilah untuk menyedarkan diri ini yang juga kadang2 terlupe hakikat kehidupan. Kehidupan adalah perjalanan kita ke pengakhiran. Ia senantiasa akan diselangi dengan dugaan agar kita tidak leka dan bosan. Pabila datangnya dugaan itu, hanya satu sahaja sebenarnye tujuan utama untuk kita, ianya adalah untuk menguji kita. Jadi, sentiasa bertenang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan. Jangan tindakan mendahului fikiran kita. Sebab itu nabi kita bila diberi ujian beliau akan terus mengambil air sembahyang dan menunaikan solat. Jika kita sudah berfikir dengan waras, insyaallah keputusan yang kita buat itu betul. Berfikirla bahawa bila kita sudah buat yang terbaik dan semampu yang mungkin namun tetap tersalah juga sebenarnye itu merupakan sesuatu yang lebih terbaik untuk kita kerana tuhan telah merencanakan sesuatu yang terbaik di mase depan kita pula.
Semua insan tetap same di mate Allah kerana Dia maha adil. Jadi jangan berfikir bahawa kita tidak mungkin akan berjaya seperti orang2 yang telah berjaya. Tidak ada yang mustahil. Hanya perlu ikut haluan yang telah tuhan tentukan untuk kita dan sentiasa bersabar. Hanya kesabaran kunci segala kejayaan.
Dari segi hubungan sesama insan, sentiasa bersedia bahawa sume insan tidak sempurna. Jika menghadapi dugaan ini, kita hanya perlu bersabar dan berfikir tuhan juga sedang menguji kita. Jangan mudah melatah dan melenting. Jika kita di pihak yang benar, tuhan akan tetap menunjukkan kebenaran itu. Mungkin bukan terus tetapi suatu masa nanti. Jadi bersabarla. Tidak perlu untuk menegakkan siapa benar atau tidak. Terima segalanya dengan hati yang terbuka. Keluhuran dan kerendahan hati juga kunci kejayaan dalam hidup. Tanpanye, hidup dalam akan sentiase tidak sempurna.
Hidup ini hanya pinjaman, hargainya dengan sebaik mungkin. Jika nampak tersasar, segera kembali ke landasannye. Kejayaan hidup sebenarnye telah dicapai jika kite berjaya mengubah diri kita menjadi yang terbaik.
Sekadar untuk renungan dan semangat diri.. Ok.. Insyaallah akan terus berusaha..
No comments:
Post a Comment