Wednesday, 24 October 2012

Eh, kita boleh salam ke tak ni?



Just nak share, untuk diri i sendiri dan semua. I suka baca blog PERDIQMA KPMB ini dan terbaca satu info yang sangat berguna untuk i. So, i share kat sini sekali. Cuma, postnya untuk bulan syawal hari itu, tapi sesuai jugak untuk kita nak menyambut Hari Raya Aidiladha ni. I just copy dari sane. 

Tidak berapa lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan  bulan syawal yang dinantikan semua. Biasa kita melihat ramai orang yang merayakan hari lebaran dengan gembira. Namun, ada beberapa perkara yang kita kadang-kala terlepas pandang sehinggakan syawal yang berkat kita cemari dengan perbuatan dosa yang tidak kita sedari terutamanya dalam batasan bersalaman. Oleh itu, kami rasa perkongsian berkenaan topik ini adalah sangat sesuai buat panduan kita dalam menjaga batasan-batasan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT menepati firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur:31) 

Posting kali ini, adalah difokuskan kepada isu dengan siapa kita boleh bersalam dan dengan siapa kita tidak boleh bersalam. Atau bahasa yang lebih mudah siapa yang mahram (Mahram: haram kita kahwini) dan siapa yang bukan mahram dengan kita (Bukan Mahram: boleh dikahwini). Jadi, kita kena lebih berhati-hati dan tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram serta menjaga aurat bila bersama mereka. 

Maklumlah, bila berhari raya kadang-kala kita kita bersalam dengan ramai orang sehingga terlupa akan hal ini.

Penjelasan berkenaan isu ini akan dilakukan dari perspektif seorang wanita supaya lebih mudah difahami dan jelas. Namun yang namanya lelaki juga perlu memberi perhatian untuik pengetahuan anda juga.

Secara asasnya, seorang wanita perlu menjaga aurat (dikecualikan muka dan tapak tangan) kecuali kepada:

1. Suami
2. Ayah
3. Ayah suami (Ayah mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki kepada suami
6. Adik beradik lelaki
7. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki
8. Anak lelaki kepada adik beradik perempuan
9. Sesama muslimat
10. Lelaki yang sudah tua dan tiada keinginan terhadap perempuan
11. Kanak kanak yang belum mengerti aurat perempuan

Senarai diatas, ramai yang sudah tahu bukan? Tatapi biasanya yang menimbulkan masalah bagi kita adalah bila kita nak "apply" akan mula jadi "pening-pening" sedikit. Contohnya: Dengan adik beradik mak atau ayah kita, boleh salam ke tak? Dengan anak abang kita, boleh salam ke tak? Kena pakai tudung ke tak? Jadi, disini disediakan sebuah diagram untuk kita mudah memahaminya: Mudah-mudahan dapat difahami.


Diagram Keluarga
Baik.. Dalam rajah di atas, Syahril dan Syahriza adalah datuk dan nenek kepada Hafizah, Fakhrullah, Shuhada dan Hafiz. Diana, Aisyah dan Asyraf adalah adik beradik (Tulisan bewarna hijau). Ini bermaksud Suhaimi, Farid dan Husna adalah menantu kepada pasangan Syahril dan Syahriza.

Untuk Diana, dia boleh salam dengan Aisyah dengan Asyraf lah, sebab itu adik beradik dia. Tapi dia tak boleh salam dengan Farid sebab itu ipar dia. Begitu juga dengan Aisyah, dia tidak boleh bersalaman dengan Suhaimi.

Kalau Hafizah, dia tak boleh bersalaman dengan Hafiz. Sama juga dengan Shuhada, dia tidak boleh bersalaman dengan Fakhrullah.

Kalau katakan Asyraf kahwin lagi satu, contoh namanya ‘Ain, maka Husna boleh bersalam dengan anak-anak lelaki ‘Ain (madunya). Sebabnya adalah anak Ain adalah anak lelaki suaminya.

Namun begitu,  wanita boleh bersalaman dengan anak lelaki pada adik-beradik (Anak ). Jadi Diana boleh salam dengan Hafiz. Dan Aisyah boleh salam dengan Fakhrullah dan Hafiz.

Sekadar ini untuk perkongsian kali ini. Semoga kita ingat dengan baik kerana perkara ini penting. Kalau tidak, mana mungkin Allah gariskan di dalam Al Qurankan? Kadang-kala sikap tidak ambil kisah kita menjadikan kita mendapat dosa yang boleh kita elakkan. Untuk sebarang kemusykilan dan sebarang maklumat tambahan, bolehlah rujuk kepada Ustaz dan Ustazah yang berdekatan ya!

P/S: Syawal dah hampir ni. Selamat mengamalkan perkongsian ini diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Tapi jangan hanya diamalkan ketika raya sahaja ya. Assalammualaikum. :-)


So, barula I faham dengan lebih lanjut sikit sekarang. Terima kasih ya PERDIQMA KPMB.


Monday, 1 October 2012

Warung Pak Hamid


Lamenye tak pergi makan kat warung Pak Hamid ni. kene tunggu En. Hubby balik jugak la nampaknye sebab jauh. Nanti nak pergi makanlaaaaaaaaa. Memang sedap, sebab tu masuk dalam jalan-jalan cari makan. ;-) Special dia ikan bakar dan udang dia, semua fresh.



Friday, 21 September 2012

Kisah Benar Yang Best Buat Renungan


Every day wake up, but their minds are empty. Never been truly think for what she got up. Only serve to make daily activities as usual. Each of the gods made, ​​sure got reason. Hers eyes become a very valuable asset for her because of hers eyes, the Allah has shown a range of evidence and the greatness of God. While hers heart is feeling the power of God's presence, hers mind became calm and feelings experienced. The whole body is becoming dwarf remember every detail events that touched him. Grateful to God for the open a bit light for her to feel the presence of God. Never comes to think why should remember God, but God always reminds. Dengan kesusahan, kepayahan dan getir hidup di depan mata,  god continue remind.Namun hati tidak pernah tenang, merasakan bagaimana dan mengapa terjadi serta bagamana hendak menyelesaikan sendiri. Nasib baik mata memandunya untuk melihat kebenaran. Di depan mata, segala-galanya telah dibuktikan oleh Allah bahawa semua yang datang hanya dariNya. Tuhan akan memberi jika dia meminta. Apa sahaja yang dia perolehi semua dari apa yang dia minta. Beside her, a patient and wise, pray with patience, calm when given the test, menerima cabaran sebagai rezeki tuhan dan tidak penah mengeluh, this guy managed to open his eyes that the presence of God's power. Now she realizes that the treatment and prayer both will be rewarded by Allah. If only the perlakuan but without prayer, life sure is not pretty and perfect. Kerana hanya dariNya datangnya ketenangan. 

Tuesday, 18 September 2012

My Best Friend Wedding + Hantaran Isma


What you give, you get back. Sebelum ini, dialah yang menjadi tulang belakang I, di saat I nak kahwin. Kesian tengok dia, macam dia plak pengantin sampai tak cukup tido sume. Then mase dia kahwin ni, I tryla tolong dia semampu yang mungkin. Yang paling terkejut I kena buat hantaran dia. Biar betul Isma ni, dahla dia ni cerewet. Tapi, I pikir I seronok kalau buat kerja dengan dia, so I setuju. I just tolong2 je semampu yang mungkin. Harap Isma suke. 

Yang warna merah side Isma & yang warna biru tu dari Hubby dia, fresh flower. 







Semoga you akan kekal bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.



Continue Story - Merdeka di Cameron Highland

Seperti dijanjikan, i sambung story "Merdeka di Cameron Highland". 

31.08.2012, Mr. Hubby suddenly ajak pergi Cameron Highland.
"Esok kita gi Cameron nak? Kita pergi pagi2 then balik hari je."
"I okay je." I balas. 

Ajak adik2 i n adik ipar. Selagi muat kereta. 

Janji kul 4 pagi dah bangun. Then, kul 6.15 terjage. Hehe. Standardla, janji melayu. So, we all gerak kul 8.00 pagi. Sampai sane dalam kul11. Breakfast @ Lata Iskandar. 

Sibuk jela penghadang jalan tu. Hehe.

Hmm. Wana2.

Yang paling penting, kalau pergi Cameron Highland jangan lupe beli strawberry ice cream dia. Sedap sgt2. Tak tipu. 

Then biasala tempat wajib pergi ladang teh, ladang strawberry, ros valley n last sekali singgah kat catus valley, itupun En. Hubby da tak larat nak keluar. 



Yang kelakarnye, onderway balik sume tido dalam kereta. En. Hubby singgah perhentian rehat. Dia tinggalkan kitorang sume tido. Adik Wana kejutkan kitorang sume dengan siren dia yang nyaring tu. Tiba2 rase lapar sangat. En. Hubby balik ke kereta perli2 tengok kitorang sume cari makanan pagi tadi balik. ;-). Nasib baik dia beli buah-buahan untuk alas perut kitorang. 

Ape-ape pun, i miss Langkawiiiiiii. (Takde kene-mengena.. Hehe..)

Monday, 10 September 2012

Entry Khas Buat Cheqna

My Love Story 

Hmm. Rasa jiwangnye hari ini nak cerita pasal cinta ni. Tapi untuk menyahut cabaran my "Favorited Blogger - Cheqna" I try la kan mane tau boleh dapat saguhati ke untuk contest kat blog Cheqna.

 - The secret revealed -

Setiap sesuatu terjadi bersebab, tuhan itu maha mengetahui. I tak pernah terfikir, pada malam i temankan jiran i yang merangkap best friend i menjadi titik permulaan untuk i dan mr hubby untuk 'terkenal' = ter berkenalan di ruang maya. Macam malas pada mulanya nak temankan si Nani ke Giant malam tu sebab jauh gak nak jalan kedepan dari rumah, tapi semangat setia kawan punya pasal, temankan jugak. Sampai kat Giant, Nani ajak pulak pergi CC, hmm lagila malas, katenye kejap je. Temanlah lagi, setia kawankan. Kat CC, tengok dia main kat chatroom tu macam bestla plak, da pukul 10 malam, i cakap kat owner CC nak gakla, die cakap nak tutup. Owner tu bagila i try kejap. Banyak nama i choose nak kawan, sume yang Tengku2, Syafiq la, Danial la, haha kelakar la. Mase tu i umur 18, biasela ayat mule2 nak kenal kan, dorang tanye name, timpat tinggal dll la. Hmm sume bawah umur i, siap tingkatan 3 pun ade. Huh.

Tiba-tiba ade chatter say hai, nickname dia Chapek, tak sedap langsung. I sibuk tengok si Nani sebelah. Best je tengok die. Chapek tu tanye lagi tinggal kat mane. Dah 10.15, lagi 15 minit dah nak balik. Tak payahla main lagi. Chapek tu tanye lagi umur berape. Ala.. Asallah dia aje yang hai ni, takde ke orang lain. So, dah nak balik. I cakap 'Bye'. Dia balas..

Chapek : Hai.
Chapek : Tinggal kat mane.
Chapek : Umur berape.
Nazura : Bye.
Chapek : Boleh tak saya nak kenal dengan u.
Chapek : Tak apa la kalau tak sudi.
Chapek : Bye.
Nazura : I dah nak balik, kejap je sebab teman kawan.
Chapek : Okayla, boleh tak saya nak kenal dengan u
Nazura : Tahla, bolehla.
Chapek : Macam mane nak kenal dengan u.

Dah pukul 10.25 malam, dah kene balik. Kedai dah nak tutup, campur plak kang mak kat umah menjerit plak. 

Nazura : Okayla, saya kene balik. 
Nazura : Bye
Chapek : Boleh tak saya nak nombor telefon u

Tak tau kenape, ringan je tangan taip nombor telefon dan tekan enter, lepas bagi baru pikir, tah sapela i bagi nombor. Tapi, bukan i nak layan pun kalau dia call. Hehe. 

Memang dia tak ada call, so i pun okay je, sebab tak pikir ape-ape. 

Lepas empat bulan, i kan baru nak 18 tahun, sementara tunggu keputusan SPM, i keje kat The Store dengan kawan baik i dari sekolah menengah, Ismaliza. I keluarkan gaji dengan Ismaliza pakai buku di Maybank, tiba-tiba ade call. Dalam bank mane boleh bunyi handphone, bisingkan. So, i tak angkat. Buat silence. Tak lama tu, lepas i keluar nak pergi makan pulak, ade call lagi dari nombor yang tak dikenali, i angkatla, then lepas cakap dia kenalkan diri dengan nama "Chapek". Biar betul, macam penah dengar je name tu. Dia pun ingatkanla, dia dapat dari chatroom. Barula i ingat, i tanye asal name Chapek, dia cakap Chapek tu dalam bahasa Perak ialah tempang, nama sebenar Azam. Alamak, lagila i malas nak layan. Tapi i ni jenis kesian, takkan nak letak je telefon. Lepas tu, ade je nombor tu naik, i tak angkat. Confirm i taknak layan da. Tapi isma cakap tak baik buat cmtu. Satu malam tengah mood baik, Chapek tu call lagi, dalam hati, rajin betul mamat ni kan nak call i. Ade yang i rase okay, jarang pulak nak call i. So, sebab mood i tengah okaykan, i pun angkatla telefon and layan dia borak. Best jugak borak dengan mamat ni sebab dia jenis cakap direct. Dia beritahu, dia pun tak penah pergi CC, itu pun sebab dia eksiden, so dia dapat cuti 2 bulan, sebab boring dia pun lepak kat CC, sekali je pun pergi. Lepas tu, dia dah kerja balik, tengah boring-boring tengok ade nombor kat wallet selit nombor i, so dia try call. 

Lama jugak kawan dalam phone, rasenye dalam empat bulan. Dia ajak jumpe. I susah nak percaya orang, tapi, mamat ni okayla. I pun nak tau jugak rupa dia macam mane. I tanye kawan baik i, Ismaliza, dia pun nak tau macam mana orangnya, so i cakap jumpe kat tepi rumah. Bila dah jumpe, hmm not bad jugak orangnye, bagi i handsome untuk diri i da cukup, tak perlu di mata orang.

Lepas berjumpa, barula i tau, dia tak tempang. Lagila i okaykan. Selepas mengenali hati budi, i dapat rasakan i dan dia sangat serasi. I tolak tawaran belajar sebab takut kehilangan dia. I belajar dekat-dekat je dengan rumah i. Setelah berkenalan selama 4 tahun, kami yakin kami telah dijodohkan oleh tuhan. Kami berkahwin pada 6/8/2005. Tapi, semua terbayar, sekarang dia merupakan sumber inspirasi dan idola i. Diala penawar segala kesakitan i. Terima kasih tuhan kerana memberi Azam kepada diriku ini. Bukan hanya Azam, tapi sebaik-baik Azam. Khairul Azam = Sebaik-baik Keazaman. 


Kami dianugerahkan Wardah Adriana dan Juwana Arissa sebagai pelengkap hidup kami. Semoga tuhan memberi rahmat buat Nani dan Ismaliza yang menjadi punca kami bertemu. Walaupun berjauhan dari u, u tetap menjadi pojaan hatiku sayang. 

Wednesday, 5 September 2012

Layan "The Hunger Games" di Astro Best

The Hunger Games 



Layan "The Hunger Games" di Astro Best semalam, memang bestla movie ni, mule-mula boring sikit. Sebelum diadaptasi dalam bentuk film, novel "The Hunger Games" yang dirilis pada September 2008 itu sudah mendapat respon yang positif dari banyak orang, khususnya dari anak muda, ianya diinspirasi dari perang Irak. 

Cerita ini mengangkat kisah muda-mudi yang harus bertarung satu sama lain dalam sebuah pertarungan berkonsep reality-show. Mereka akan mewakili daerah tempat mereka tinggal. Banyak juga mengekspos adegan kekerasan, tetapi bila kita berfikir secara kritis, kita akan lebih bijak dalam mengambil sisi-sisi kemanusia dan kehidupan kita sekarang. Film action yang tak jemu la senang cakap. :-)