"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarla kamu dan kuatkan kesabaranmu dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
Surah Al-Imraan 3 : 200
Edisi cerite2. Today rase mood nak menyingkap kenangan plak, rindui emak kot. :-(
Sebenarnye, setiap insan mempunyai cerita mereka yang tersendiri. Ape yang I boleh kongsikan, I insan yang paling bahagia kerana mempunyai sebuah keluarga yang sangat memahami dulu dan kini. Even Tuhan beri kupilihan dikehidupan yang akan datang, tetap I akan pilih keluargaku ini walaupun tidak sesenang dan sebahagia keluarga yang lain. Tuhan itu maha mengetahui, segala kehidupanku dirancang sangat terbaik. Hingga kini I sangat bersyukur di atas segala tunjuk ajar dari keluargaku. Mereka menjadi sumber untuk kehidupan kami adik-beradik. Walaupun kami pernah mengalami kesulitan hidup, namun itu sebenarnye membuatkan kami lebih kuat dan berani. Sekalipun dugaan yang mendatang kini, kami akan cuba menghadapinye dengan tenang. Dengan usia yang muda, kami adik-beradik cuba bangun utk family tersayang. Hingga kini, kami sentiase berusaha. Setiap keputusan yang kami pilih setiap waktu adalah yang termampu yang mungkin kami buat. Jika segalanye sudah tertulis buat kami, kami redha dan terima segalanye dengan hati yang tenang dan terbuka. Kami tahu, setiap ape yang telah ditentukan pasti ade hikmah disebaliknye. Hingga kini, hanya satu yang buat I kuat, kate2 orang pada kite tidak penting tapi yang penting kata Tuhan pada kita. Jadi, bertenang dan senyum je k. Kesenangan yang melimpah2 dari rezki yang tidak diketahui pasti diperoleh dari kesabaran, usaha yang tidak henti2 dan tawakal.
Kesabaran kunci kejayaan.
Terima kasih Tuhan atas segala anugerah tak terhingga. Amin.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment