Beginilah agaknya, seksa penantian. Selama ini aku balas keluhan Daus dengan senyuman tawar bercampur sinis tanpa mahu merendah diri untuk memohon maaf daripadanya atas kesalahan membiarkan dia menunggu dalam tempoh waktu yg agak lama.
Aku anggap menanti itu lumrah hidupku. Lagipun Daus yang beriya-iya mahu berkawan denganku. Dia setia menunggu dan datang ke rumah nenek pada belah petang selepas tamat sesi persekolahan. Dia jugalah yang rajin mengajak aku bermain layang-layang di padang lapang mahupun membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.
Daus seorang kawan yang baik, tapi aku tidak mahu berkongsi apa-apa rahsia dengannya. Aku tidak mahu berkawan dengannya kerana dia budak lelaki. Budak lelaki mana bolah berkawan dengan budak perempuan. Berdosa, kata ustaz. Kerap juga dia bertanya pelbagai soalan; mengapa aku tinggal dengan nenek, mengapa papa dan mama tidak tinggal bersama. Ah, apabila soalan-soalan itu kubiarkan tanpa jawapan, dia tidak putus harap malah terus bertanya tanpa jemu.
Aku jadi bosan. Bosan dengan sikap Daus yang suka menjaga tepi kain orang itu. Tidak padan dengan lelaki, omelku geram. Pernah aku mengugutnya supaya dia tidak mengulangi soalan yang sama berulang kali. Itu pun jika dia mahu terus berkawan denganku lagi.
Ah, budak kampung! Umpatku dalam hati. Mungkin Daus akan memberitahu kawan-kawan sekolah yang lain kalau aku menceritakan kepadanya bahawa papa dan mamaku sudah bercerai. Kata mama, papa sudah tidak sayangkan kami. Papa akan berkahwin dengan perempuan lain. Pujuk mama, semua itu takdir Tuhan tapi kadang-kadang aku tidak dapat menerima kenyataan itu. Keluarga kami yg dulu sangat bahagia tiba-tiba ditimpa musibah. Keluarga kami yang dulu aman damai dan saling menyangi, sekelip mata dilanda derita.
Akulah, satu-satunya zuriat mereka yang terkorban kerana persengketaan itu. Aku ditinggalkan di rumah nenek kerana mama masih mencari pekerjaan untuk membiayai kehidupan kami. Di bandar, mama tinggal bersama rakan-rakannya. Mama berjanji akan datang menjengukku. Sayangnya, aku mananti dan terus mananti. Tirai senja yang berlabuh, kelibat mama tidak juga muncul di hadapan mataku.
Tiga bulan sudah berlalu, aku masih juga setia menanati mama di rumah nenek. Kedatangan mama tidak selalu, cuma sekali dua untuk aku melepaskan rindu. Selalunya bisikan rindu mama diiringi dengan titisan air mata yg basah di baju lusuhku. Aku tidak mahu perpisahan ini meragut kasih sayang kami.
"Namun apakan daya, semua itu ketentuan ilahi," ujar mama. Pujuk mama lagi, kalau rindu, jangan nangis kerana mama akan datang. Pujuk mama lagi, nenek akan menjagaku seperti menjaga dirinya tatkala usianya sebayaku.
"Mungkin mama sibuk. Kalau mama lapang tentu mama datang," pujuk nenek setiap kali aku menangis rindukan dakapan mama.
"Kiki tak suka tinggal dengan nenek? Di sini ada Daus. Ada tuah. Sekolah pun dekat."
"Tapi tak sama dengan ada mama. Nek, kiki nak mama. Kiki nak papa. Kiki tak suka Tuah,"tangisan memenuhi ruang tamu yg sederhana luas itu. Dalam kesedihan yg dalam. tiba-tiba terasa tubuhku yg semakin kurusmelidi dipeluk lembut.
"Nek, mengapa kiki menangis? Tuah gigit ibu jari kaki kiki lagikah? Tuah nak bermanja dengan kiki agaknya," suara Daus mendatar, memandang tepat ke arah nenek.
Daus juga sepertiku? Ada genangan air di kelopak matanya. Daus menangis? Adakah Daus mengerti derita hatiku kala ini? Saat itu juga Tuah, kucing peliharaan nenek mendekatiku lalu menjilat kakiku dengan lidah merahnya seperti mengerti kesedihan yg sedang aku rasai.
"Kiki rindu mamanya," beritahu nenek kepada Daus yang berladung dengan air mata di pipinya.
"Mama kiki pergi mana, nek?""
"Mama kiki pergi kerja. Mama kiki tidak boleh bawa kiki tinggal bersama-samanya."
..Dia kawanku yang sejati. Selain Tuah dan nenek, Dauslah tempat aku mengadu duka dan suka. Aku masih beruntung kerana disayangi oleh semua orang walaupun papa mungkin sudah melupakan aku dalam hidupnya. Kini, aku semakin mengerti kalau aku malang kerana ditinggakkan oleh mama dan papa, ada lagi orang lain yang lebih malang kerana tidak mempunyai mama dan papa di dunia ini..
"Tapi mama Kiki masih ada kan? Umi Daus sudah mati selepas diserang Denggi," ucap Daus sambil mengesat air matanya. Tiba-tiba hatiku dipagut pilu mendengar kisah duka Daus yg kehilangan uminya. Matanya, kurenung sayu.
"Kiki cukup beruntung kerana masih ada mama," lirihnya perlahan.
Daus mula menceritakan kisah pilunya. Selepas setahun, uminya meninggal dunia, ayahnya berkahwin lain agar dia dan adik-adiknya ada memerhati. Tapi Daus takutkan ibu tirinya. Ibu tirinya itu selalu memarahi Daus dan adik-adiknya.
"Makcik tidak serupa dengan umi tapi Daus bersyukur kerana dia sanggup menjaga Daus dan adik-adik ketika ayah ke tempat kerja. Dia memasak. Dia membasuh kotoran adik dan membasuh pakaian kami," ceritanya.
Sejak itu hubungan aku dengan Daus semakin rapat seperti isi dengan kuku. Dia kawanku yang sejati. Selain Tuah dan nenek, Dauslah tempat aku mengadu duka dan suka. Aku masih beruntung kerana disayangi oleh semua orang walaupun papa mungkin sudah melupakan aku dalam hidupnya. Kini, aku semakin mengerti kalau aku malang kerana ditinggakkan mama dan papa, ada lagi orang yg lebih malang kerana tidak mempunyai mama dan papa di dunia ini.
Petang itu, selepas berhenti hujan, Daus datang ke rumah nenek. Daus mengajak aku melukis. Kertas lukisan dan pensil warna di tangannya dihulurkan kepadaku. Kami melukis di beranda rumah nenek. Kami melukis pelangi yang menjalur indah di dada langit. Katanya, alangkah indahnya kalau hidup ini seperti warna pelangi. Walaupun sementara tapi cukup bermakna. Perlahan, dia memberitahu aku bahawa esok dia akan meninggalkanku. Dia akan dihantar ke rumah anak-anak yatim.
Kala itu air mata Daus berderai di pipi. Tahulah aku, makna kata-kata Daus tentang pelangi. Pelangi tidak selalu muncul. Hanya waktu-waktu tertentu sahaja ia kelihatan manjalur tujuh warnanya di dada langit. Entah apa firasatnya, tapi aku menanti penuh taksub ciptaan tuhan itu. Kata nenek jangan tunjuk pelangi dengan jari nanti akan menjadi kudung tapi aku tetap tunjuk dengan jari kerana aku kurang percaya akan kata-kata nenek. Mungkin Daus juga seperti pelangi.
Pemergian Daus meninggalkan kesunyian di ruang hatiku. Tanpa dia, hidupku hanya berteman Tuah dan nenek. Meniti hidup dalam sepi menjadikan aku seorang perasa. Mudah tersinggung dan berjiwa sentimental. Daus rajin melakar ceritanya melalui surat-surat birunya. Dia membangunkan semangat di jiwaku. Dia meniup obor perjuangan melawan kesepian dengan berani kerana katanya, jangan mudah mengalah. Lawan kekurangan untuk menakluki kemenangan. Dia tidak pernah berhenti menulis. Di situlah kami berutus rindu bersulam cerita yang seakan tidak pernah habis sehinggalah kami menginjak dewasa.
Perjalanan yang bersimpang telah memisahkan kami. Ketika itulah manusia bernama Daus hilang di dalam hidupku. Bukan aku tidak pernah mencari tapi kadang-kadang kekangan masa yang terisi dengan kesibukan sebagai mahasiswi membataskan segala ingatan yang indah itu.
Suatu hari yang kukira cukup indah dalam hidupku, sekeping lukisan telah diutuskan di peti surat rumahku. Tidak mungkin aku lupa akan lukisan itu. Gambar pelangi yang menghias di atas kertas putih itu memenuhi ruang ingatan terhadap kenangan lama.
"Daus, aku ingin memberitahumu. aku telah menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Aku ingin memberitahu, selain nenek engkaulah orang yang bertanggungjawab meletakkan aku di sini. Engkau tidak percayakah, gadis kecil yang suka menangis dulu akhirnya menjadi sebesar ini, tapi di mana dirimu?" hatiku berbisik. Aku membelek lukisan itu dan akhirnya aku menjumpai sesuatu di belakangnya. Firdaus Osman. Tertulis juga nombor telefonnya.
"Apa kabar, peguam muda?" tanyanya dengan getar suara yang cukup mencengkan jiwakuyamg dirasuk rindu terhadapnya.
"Mana kau tahu aku bakal peguam?" tanyaku hampir manitis air mata terharu.
"Aku tahu! Aku tahu segala tentang kamu, Kiki. Aku tahu, nenekmu telah meninggal dunia dua tahun lepas dan mamamu pula telah berkahwin dengan lelaki lain."
"Kalau tahu mengapa tidak menghubungiku? sampai hati kau biarkan aku bersedih seorang diri. Sudah lupakah engkau pada aku? Mamaku berkahwin selepas tiga tahun engkau pergi meninggalkanku. Perkahwinan mama aku rahsiakan kerana aku anggap, kisah mama tidak penting sama seperti aku tidak penting dalam hidupnyƤ." ujarku sedit beremosi.
"Jangan cakap begitu, kawan! Adakah aku juga tidak penting dalam hidupmu?" tanya Daus berteka-teki.
"Aku tak cakap begitu. Kalau kau merasakan aku penting dalam hidupmu, aku juga merasakan begitu tapi di mana engkau selama ini Daus?" tanyaku tidak sabar. Aku mahu tahu apa-apa sahaja tentang dirinya.
"Aku sepertimu juga. Mengaut ilmu sehingga terlupa."
"Sampai hati kau Daus tapi di mana kau menghilang selama ini?" aku terus menekannya supaya menjawab persoalan yang berbaris di hatiku.
"Di Ireland. Buat Medic di sana!"
"Tahniah, kawan!" ucapku dalam getaran yang syahdu.
Kami merancang untuk bertemu. Kadang-kadang semakin mendekati hari yang menanti, aku menjadi semakin gementar. Berdebar-debar seperti berdebar menanti jalur pelangi selepas teduh hujan. Sungguh, aku takut kehilangannya lagi. Seperti aku kehilangan pelangi. Dalam hidupku, impian indah telah aku himpunkan untuk hidup bersamanya tapi mungkinkah itu yang terencana. Aku membelek lagi lukisan kirimannya.
"Hidup ini tidak seindah mimpi, kawan!" tiba-tiba aku berbisik sendiri. apa pun kemungkinan yang akan terjadi, aku berjanji akan menerimanya dengan tabah. Kalau aku terlepas memiliki Firdaus, aku berjanji akan mendoakan kebahagiaannya kerana dialah yang aku cinta. Telah aku pahatkan dalam sanubari bahawa cinta perlukan pengorbanan. Mungkin itulah pengorbananku terhadapnya dengan mengizinkan dia berbahagia dengan insan yang dicintainya.
Masa yang dinanti telah tiba. Aku sudah ada di tempat yang kami janjikan. Hatiku seperti tidak berdegup sebentar melihat seorang lelaki yang mirip kawan ku Daus di depan mataku.
"Assalamualaikum kawan. Kiki kan? Kau tak banyak berubah cuma semakin cantik." tegurnya.
"Waalaikumsalam, ye la sape lagi. Aku Kiki la. Kau masih ingat aku. Terharu aku." jawabku nampak selamba walau hati hanya tuhan yang tahu.
"Aku tak suka tunggu lama. Dah terlalu lama aku pendam. Tapi hari ini aku kuatkan semangat untuk tanya kau sesuatu. Mungkin nampak gelojoh tapi sebenarnya aku dah lambat tanya kat kau. Boleh tak kau anggap aku lebih dari kawan?"
Soalan dan merupakan jawapan yang aku tunggu sekian lama juga. Mendengar kata-katanya membuatkan aku bertambah sayang dan cinta pada penciptaku.