Dekorasi bilik tidur menjadi salah satu hiasan dalaman terpenting dalam sesebuah kediaman sebab bilik merupakan ruang persendirian yg penting utk kite nak rehatkan diri 'n' minda selepas penat seharian. Confirm kite nak ruang itu selesa 'n' nyaman sebelum nak lelapkn mate. Tak perlu mewah atau mahal tapi memadai bile kite rase selesa dah ok dah. Kalau nak mewah pun tak salah kalau kite berkemampuan macam gambar kat atas ni. Kalau sape2 yg mampu boleh lah deko macam ni. ;-) Rase macam honeymoon je kan.
Satu design mewah yg moden. Sweet.
Warna bilik ini nampak romantik. Tapi xbanyak pasangan yg menggunakan warna ni dalam hiasan bilik mereka. Maybe ramai berpendapat ianya nampak macam lebih sesuai untuk remaje2 kot.
Design moden yang menampakkan bilik ni nampak macam canggih kan. Hehehe.
Wow. Rase macam sejuk kan.
Love this! Design yang sangat minima tapi sangat menepati selera I. Nak ni pleaseeeeee.
;-)
Kat sini I share gak untuk u olls panduan untuk nak deko2 bilik tido. Mane tahu ade sape2 yg nak tukar cat bilik ke, boring ngn dekorasi bilik ke. Boleh jadi 1 info yg berguna utk u olls. Sharing is caring. ;-)
WARNA
Cat bilik tidur anda dengan warna-warna yang dapat menenangkan anda. Sebagai contoh, jika anda gemarkan suasana romantik, warna merah jambu dan ungu adalah pilihan terbaik. Bagi yang sukakan elemen mewah pula, anda boleh memilih antara rona keemasan mahupun perak. Namun, mengikut trend masa kini pilihan warna pastel seperti putih dan krim amat digemari ramai.
PERABOT
Pilih perabot yang sesuai dengan keluasan bilik tidur. Elakkan membeli katil yang besar dan memenuhi ruang sehingga sukar untuk bergerak dan menghias. Seeloknya, bagi yang masih bujang anda tidak perlu membeli katil yang besar. Mencukupi dengan katil bujang yang mudah dikemas. Pastikan juga perabot seperti almari, meja solek dan meja sisi diatur dengan baik dan tidak mengganggu laluan.
CADAR
Bagi bilik tidur yang tidak mempunyai pendingin hawa, anda tidak digalak menggunakan cadar seperti satin. Ini kerana cadar berkenaan agak panas dan akan menimbulkan rasa kurang selesa ketika tidur. Pilih cadar yang diperbuat daripada fabrik lembut yang boleh membuatkan anda tidur dengan nyenyak.
LANGSIR
Jangan pilih langsir yang terlalu banyak corak. Ia boleh membantutkan elemen segar bilik tidur anda dan menjadikan ruang tersebut kelihatan sarat dan padat. Sebaiknya pemilihan langsir perlu sepadan dengan warna dinding bilik tidur dan kurang bercorak. Minimumkan rekaan corak pada langsir anda.
LAMPU
Penekanan dalam aspek pemilihan lampu bilik tidur turut menjadi tumpuan. Hiasi ruangan bilik tidur dengan lampu sisi yang malap. Elakkan penggunaan lampu yang terlalu terang kerana ia menyukarkan waktu tidur anda. Mereka yang sukakan kesan dramatik pula boleh mencuba lampu pelbagai warna namun tidak keterlaluan dan masih relevan dengan hiasan dalaman kamar tidur.
AROMATERAPI
Melelapkan mata sambil menghidu bau-bauan aromaterapi dan wangi dapat melegakan kepenatan. Pilih aromaterapi mengikut citarasa anda dan pastikan barangan aromaterapi seperti lilin yang diguna tidak mendatangkan bahaya kepada anda.
HIASAN GAMBAR
Memandangkan kamar tidur adalah ruang privasi, hias kamar tidur dengan meletakkan gambar paling cantik anda bersama pasangan. Anda juga boleh menghias dinding bilik tidur yang kosong dengan gambar pemandangan indah.
Saya setuju dengan maklumat yang disampaikan..menarikk..thanks..
ReplyDeleteTq.. ;)
Delete