Friday, 27 September 2013

Harga Minyak Naik Lagi?

Pagi ni , bos gtau akan ade kenaikkan harga minyak lagi dalam waktu terdekat 'n' ia mungkin berlaku esok. Betul ke? Hmmm. I bukan sesiape pun tapi sebagai rakyat yg berfikiran positif 'n' sentiase memandang ke hadapan ni, sentiase mahukan kerajaan membuat sesuatu yg boleh membantu raykat. Bukan mahu menyalahkan kerajaan, tapi jangan asyik menyalahkan tentang kenaikkan harga minyak semase dunia.  

Pengurangan subsidi kpd rakyat telah menyebabkan kenaikan harga minyak dari RM1.90 kepade RM2.10 seliter. Sebenarmye xkira orang kaya atau miskin, bab duit ni, walaupun RM0.20 ia tetap dinamakan duit. 

Ini baru cite bab minyak, belum nanti pasal kenaikkan harga barang lain. Tapi besela, alasannye subsidi di negare kite merupakan subsidi tertinggi berbanding negare lain. Tapi, sebagai rakyat, kite mahukan pentadbiran kerajaan yg bijak utk mengatasi apa sahaja masalah dengan baik. Barula, negara akan menjadi lebih berjaya. Jadikanlah, pengalaman dalam pilihanraye baru2 ini sebagai iktibar. Percayalah, sebagai rakyat kami hanya mahukan pentadbiran yang menjaga negara dan juga rakyat2nye dengan baik. 

Mungkin bijak pandai perlu mengkaji semula dengan lebih terperinci. Jangan sume ini akan membuat negare semakin goyah dan pentadbiran kerajaan semakin hilang sokongan seperti yg digambarkan dalam pilihanraye baru2 ini yg nampak sedikit goyah.

Rakyat mahukan lebih banyak kemudahan drpd kerajaan utk mengurangkan bebanan hidup mereka. Sebenarnye, kerajaan perlu menghargai rakyat yg telah memilih kerane mereka tidak mahu terbeban jika memilih pembangkang yg sememangnye belum pernah mempunyai pengalaman lagi. Namun, jgn jadikan kebimbangan rakyat sebagai senjata utk membebankan mereka plak.

Jadilah yg saling memberi 'n' menerima utk memajukan negara kerane dengan kerajaan yg mampu mentadbir dengan memberi segala yg diperlukan oleh rakyat dgn baik 'n' tidak membebankan, sudah pasti rakyat akan lebih bersyukur 'n' pasti dapat memberikan kesetiaan yg tidak berbelah bagi pada kerajaan. Hari ni, I rase macam sangat serius je I nie. Huahuahua.  

Sekadar pandangan.  

No comments:

Post a Comment