Sunday, 22 September 2013

Anak2 Perlu Tahu Sebab Sebenar Mengapa Perlu Ke Sekolah


Gambar amik dr gugel je.

Next year, my Wardah akan mule memasuki alam persekolahan. I bersyukur even my hubby xkerja sini tapi, beliau sudah menyediakan landasan yg penting 'n' terbaik buat anaknye. Dari segi pendaftran 'n' sume la. So, next year maybe I akan pegi sorg utk temankn my Wardah utk mule menjejakkan kaki di alam persekolahan. Ikutkn my hubby nak teman utk Wardah masuk sekolah juga utk suntik semangat anak sulung kami ni tapi disebabkan last year beliau xdapat tengok anaknye konvo so this year beliau terpaksa pilih mengikut kehendak anaknye tu utk dtg konvo Genius Aulad nanti.

I masih teringat mase I kecik dulu pun my mum sorang yg anta I. That time, I can feel how much my mum love me. Now, my turn is coming. My 1st daughter will become a student. What is my preparation?



Macam ni agaknye Wardah nanti ek. ;-)

I have readed from My Life Story Book blog ade share something yg sangat berguna buat I yg I nak share buat U b..

Anak-anak kita perlu tahu SEBAB SEBENAR, mengapa mereka perlu pergi ke sekolah. Seandainya mereka tidak tahu perkara yang sebenar, maka akan timbullah,
jawapan-jawapan seperti ini.

Anak ini sudah lama tercari-cari jawapan mengapa dia perlu pergi ke sekolah. Dan akhirnya, seorang gurunya telah membuat satu kesimpulan bahawa, kita perlu pergi ke sekolah kerana kita bodoh. Kalau kita dah pandai, maka kita tak perlulah pergi ke sekolah.
(Ini hanyalah lawak semata-mata, tetapi bagi saya, ada maksud tersirat yang perlu kita selidiki sebagai ibubapa)

Anak ini pula memberi jawapan dari hatinya yang jujur. Kita perlu ke sekolah, kerana kita dipaksa oleh ibubapa. (Hmm.. Jawapan yang sangat jujur. Dan nampaknya anak ini tidak tahu, mengapa dia harus ke sekolah. Jawapan yang perlu kita fikirkan bersama-sama..)

Ini adalah jawapan yang biasa kita dengar sejak zaman kita kecik-kecik lagi. Anak-anak kita perlu pergi ke sekolah untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus. Bila ada kerja bagus, dapat gaji pun bagus. Bila ada gaji bagus (niat baik macam anak ni), nak tolong ibubapa yang telah bersusah payah menghantarkannya ke sekolah. Tapi, bila datang perasaan tidak minat lagi untuk belajar, dia akan berhenti sekolah, dan terus cari kerja. Kerana niat asal dia ke sekolah, adalah untuk mencari kerja, bukan untuk mencari ilmu. (Jika begitulah maksudnya, nampaknya alasan ini tidak akan membuatkan anak kita terus ke sekolah dan terus belajar sampai ke akhir hayatnya.. Huhuhu..Sedih..

Semua jawapan di atas bukanlah sebab sebenar mengapa anak kita perlu ke sekolah. Dan semua alasan-alasan seumpama ini, tidak akan menimbulkan keseronokan kepada anak-anak kita, mengapa mereka perlu terus bersekolah dan mengapa mereka perlu terus belajar. Sekiranya mereka tahu sebab sebenar, mengapa mereka perlu ke sekolah, mengapa mereka kena belajar, mengapa mereka perlu menuntut ilmu.. Apakah ganjaran yang akan mereka perolehi jika mereka pergi ke sekolah.. InsyaAllah, semangat mereka akan berkobar-kobar untuk ke sekolah. Mereka akan suka dan seronok untuk belajar. Bukan sahaja di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja. Mereka akan terus belajar dan belajar, sampai ke akhir hayat mereka. Kerana mereka menghargai nilai ilmu. Kerana mereka tahu ganjaran untuk orang yang bersusah payah menuntut ilmu.Namun persoalannya. Apakah sebab sebenar anak kita perlu ke sekolah? Dan apakah ganjaran yang akan mereka dapat sekiranya mereka pergi ke sekolah?

Sebagai ibubapa, kitalah yang mencorak masa depan anak kita, dan mereka juga adalah mencorakkan masa depan kita. Tanggungjawab kita untuk memilih jawapan yg perlu kita beri pada mereka supaya mereka menjadi anak yang berjaya.
Ape yang perlu I Jawab eh?
Amin.

No comments:

Post a Comment