Thursday 21 July 2016

Milik Mu

Jumaat terjah lagi. 
Seminggu yg lalu terlalu cepat berlalu. Bukan hanya seminggu tapi 33 tahun yang lalu juga terlalu singkat. Segalanya bagai sekelip mata. Hari ini kita masih dapat bernafas, esok lusa belum tentu lagi. Segalanya untuk mematangkan kita. 

Tepat 16.08.2010, 6 Ramadhan, Allahyarhamah Emak pergi meninggal kami dan 16.07.2016 yg lalu, 11 Syawal, Allahyarham Ayah pula dipanggil Allah. 

Terima kasih Allah meminjamkan mereka untuk kami. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Aku redha. 
Mereka, aku dan semua 
Milik Mu. 

Tuesday 12 July 2016

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Buat Semua

Assalamualaikum.. 

Lamenye xjenguk blog kesayangan..

Masih xterlambat nak ucapkan..  
"Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua".. 

Faktor usia n hubby dah ada di Malaysia buat I jarang jenguk blog. Kebetulan hari ini terbuka blog bersawang nie. Bila terjah handphone hubby ade je history tgk blog nie rase terpanggil nak tulis sesuatu. 

06.07.2016, jatuh 1 Syawal untuk tahun ini. Ia juga jatuh pada hari lahir Allahyarhamah Emak. Kehidupan kita hanya sementara dan kita tidak perlu risau kerana kita sentiasa diberi pilihan. Bahagia or Derita? Apa sahaja yang mendatang kita tetap perlu tempuhi, diharap diketika itu Allah sentiasa memberikan kita kekuatan dan kemudahan. Hidup tanpa seorang ibu adalah satu dugaan yang sangat besar. Masa seakan terhenti namun segalanya tetap terbaik dari Allah. Allahyarhamah Emak pergi 6 Ramadhan 1431, 6 tahun yang lalu, rasa seperti baru semalam terngiang2 Emak kejutkan aku setiap hari. 

Berbekalkan kasih sayang Allahyarhamah Emak, aku terus rasa bahagia. Aku selalu berbual dengan adik-beradik bila kami teringat sesuatu yang kami pernah lalui bersama Allahyarhamah Emak. Bebelan kasih sayang Allahyarhamah Emak supaya kami buat kuih cantik2, cara menjahit baju dengan kemas, cara kemas rumah dan macam2 lagilah. Allahyarhamah Emak seorang yang teliti. Setiap hasilan Allahyarhamah Emak sangat cantik dan halus. Tak pasti siapa yang mengikut. Hehehe. 

Syukur Allah pinjamkan kami seorang ibu bernama Noor Rizan Binti Abas. Ibarat malaikat menjaga kami adik-beradik.. Hingga saat ini aku sentiasa pendam segala yg aku ingin kata pada Allahyarhamah Emak. Tapi aku harap pada sesiapa yang masih ada ibu, hargailah mereka.. Hanya mereka yg bergelar ibu merasakan perasaan ini.. Buat suamiku yang tercinta, cintailah dan sayangilah ibumu lebih dari segalanya.. Beliau syurgamu.. Aku bersyukur sangat melihat kasih sayang MIL pada anak2, terlalu banyak pengorbanan dan kasih sayang. Tempiasnya datang juga pada aku. Dapat juga aku tumpang bermanja dengan MIL. Di mana kita hari ini adalah dari keberkatan dan doa dari mereka. 

Dari doa Allahyarhamah Emak juga, Allah beri aku En. Khairul Azam. Segala yang ada pada hubby semua terbaik dari Allah. Penyabar, penyayang, bertanggungjawab dan baik. Puji lebih nampak Nazura. Hehehe. Sapa xsayang suamikan. 

Emak..
Kalau Emak masih ada..
Kak Long yakin Emak pasti xsusah lagi macam dulu.. 
Emak pasti tersenyum tengok anak2 Emak sekarang.. 
Cuma Zaty je Emak dia xnak tinggal dengan Kak Long.. 
Tapi dia dah besar, xpela.. 
Kadang2 bila Kak Long bahagia dan sedih Kak Long terus ingat Emak.. 
Emak kuat kenapa aku tak boleh..
Kak Long masih teringat, Emakla orang paling risau setiap kali Kak Long nak amik periksa..
Setiap kali Kak Long sakit.. Setiap kali Kak Long nak buat apa2..
Itu semua Kak Long rase sekarang Emak.. Patut Emak selalu risau..
Sebab Emak terlalu sayang.. 
Terima kasih Emak.. 
Kak Long beruntung Emak, sebab anak Kak Long Wardah pandai kemas buku sekolah sendiri .. Mesti Wardah ikut Daddy dia..
Kesian Emak dulu kene kemaskan buku2 sekolah Kak Long..
Pastu Kak Long beruntung gak Wardah bangun sekolah sendiri..
Malu la Emak, sampai besau Emak yg kejukan Kak Long.. 
Sekarang xde sape dah kejutkan Kak Long Emak.. 
Teringat setiap hari pegi keje Emak kejutkan, siap mengomel2 bila Emak kejut lambat..
Hmmm.. Dah besaukan Nazura! Ish dah besau la Nazura! Xyah nak ngada2..
Bila berbuka, makanan2 kegemaran anak pasti Emak sediakan.. 
Kami xcerewet.. Makanan kegemaran simple2.. 
Tauchu ikan bilis.. Asam pedas ikan pari.. Kerabu Ikan Bilis.. Hmmm.. Rindunye..
Pengorbanan Emak tidak mungkin Kak Long dapat balas..
Hanya doa pengganti diri ini..
Love u Emak..

Thank you Allah..