Wednesday, 24 October 2012

Eh, kita boleh salam ke tak ni?



Just nak share, untuk diri i sendiri dan semua. I suka baca blog PERDIQMA KPMB ini dan terbaca satu info yang sangat berguna untuk i. So, i share kat sini sekali. Cuma, postnya untuk bulan syawal hari itu, tapi sesuai jugak untuk kita nak menyambut Hari Raya Aidiladha ni. I just copy dari sane. 

Tidak berapa lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan  bulan syawal yang dinantikan semua. Biasa kita melihat ramai orang yang merayakan hari lebaran dengan gembira. Namun, ada beberapa perkara yang kita kadang-kala terlepas pandang sehinggakan syawal yang berkat kita cemari dengan perbuatan dosa yang tidak kita sedari terutamanya dalam batasan bersalaman. Oleh itu, kami rasa perkongsian berkenaan topik ini adalah sangat sesuai buat panduan kita dalam menjaga batasan-batasan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT menepati firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur:31) 

Posting kali ini, adalah difokuskan kepada isu dengan siapa kita boleh bersalam dan dengan siapa kita tidak boleh bersalam. Atau bahasa yang lebih mudah siapa yang mahram (Mahram: haram kita kahwini) dan siapa yang bukan mahram dengan kita (Bukan Mahram: boleh dikahwini). Jadi, kita kena lebih berhati-hati dan tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram serta menjaga aurat bila bersama mereka. 

Maklumlah, bila berhari raya kadang-kala kita kita bersalam dengan ramai orang sehingga terlupa akan hal ini.

Penjelasan berkenaan isu ini akan dilakukan dari perspektif seorang wanita supaya lebih mudah difahami dan jelas. Namun yang namanya lelaki juga perlu memberi perhatian untuik pengetahuan anda juga.

Secara asasnya, seorang wanita perlu menjaga aurat (dikecualikan muka dan tapak tangan) kecuali kepada:

1. Suami
2. Ayah
3. Ayah suami (Ayah mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki kepada suami
6. Adik beradik lelaki
7. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki
8. Anak lelaki kepada adik beradik perempuan
9. Sesama muslimat
10. Lelaki yang sudah tua dan tiada keinginan terhadap perempuan
11. Kanak kanak yang belum mengerti aurat perempuan

Senarai diatas, ramai yang sudah tahu bukan? Tatapi biasanya yang menimbulkan masalah bagi kita adalah bila kita nak "apply" akan mula jadi "pening-pening" sedikit. Contohnya: Dengan adik beradik mak atau ayah kita, boleh salam ke tak? Dengan anak abang kita, boleh salam ke tak? Kena pakai tudung ke tak? Jadi, disini disediakan sebuah diagram untuk kita mudah memahaminya: Mudah-mudahan dapat difahami.


Diagram Keluarga
Baik.. Dalam rajah di atas, Syahril dan Syahriza adalah datuk dan nenek kepada Hafizah, Fakhrullah, Shuhada dan Hafiz. Diana, Aisyah dan Asyraf adalah adik beradik (Tulisan bewarna hijau). Ini bermaksud Suhaimi, Farid dan Husna adalah menantu kepada pasangan Syahril dan Syahriza.

Untuk Diana, dia boleh salam dengan Aisyah dengan Asyraf lah, sebab itu adik beradik dia. Tapi dia tak boleh salam dengan Farid sebab itu ipar dia. Begitu juga dengan Aisyah, dia tidak boleh bersalaman dengan Suhaimi.

Kalau Hafizah, dia tak boleh bersalaman dengan Hafiz. Sama juga dengan Shuhada, dia tidak boleh bersalaman dengan Fakhrullah.

Kalau katakan Asyraf kahwin lagi satu, contoh namanya ‘Ain, maka Husna boleh bersalam dengan anak-anak lelaki ‘Ain (madunya). Sebabnya adalah anak Ain adalah anak lelaki suaminya.

Namun begitu,  wanita boleh bersalaman dengan anak lelaki pada adik-beradik (Anak ). Jadi Diana boleh salam dengan Hafiz. Dan Aisyah boleh salam dengan Fakhrullah dan Hafiz.

Sekadar ini untuk perkongsian kali ini. Semoga kita ingat dengan baik kerana perkara ini penting. Kalau tidak, mana mungkin Allah gariskan di dalam Al Qurankan? Kadang-kala sikap tidak ambil kisah kita menjadikan kita mendapat dosa yang boleh kita elakkan. Untuk sebarang kemusykilan dan sebarang maklumat tambahan, bolehlah rujuk kepada Ustaz dan Ustazah yang berdekatan ya!

P/S: Syawal dah hampir ni. Selamat mengamalkan perkongsian ini diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Tapi jangan hanya diamalkan ketika raya sahaja ya. Assalammualaikum. :-)


So, barula I faham dengan lebih lanjut sikit sekarang. Terima kasih ya PERDIQMA KPMB.


Monday, 1 October 2012

Warung Pak Hamid


Lamenye tak pergi makan kat warung Pak Hamid ni. kene tunggu En. Hubby balik jugak la nampaknye sebab jauh. Nanti nak pergi makanlaaaaaaaaa. Memang sedap, sebab tu masuk dalam jalan-jalan cari makan. ;-) Special dia ikan bakar dan udang dia, semua fresh.