Thursday 29 August 2013

Novel Serasi Di Hati

Tengah buat keje tadi tiba2 terfikir nak beli novel terus teringat novel nie. Novel yang paling I suke bace. Xbeli, bace orangnye. Dah lame sangat xbace novel. Mane xnye, kalau bace mane nak layan 2 budak kat umah tu. I ni plak jenis kalau bace mesti nak kena habiskan terus. Selalu dulu kalau bace mesti sehari dah abis bace. Novel ni I bace sampai xtido terus pegi keje. Huahuahua. Jalan cerita yang sangat best 'n' susunan jalan cerita yang menarik. Buat I rase nak tahu 'n' nak tahu lagi sampaila abis cerita. Hahaha. Citernye betul2 menyentuh hati dan boleh amik pengajaran, mengisahkan sebuah perkahwinan, hubungan suami isteri 'n' persahabatan. I bole cakap, kalau bace confirm xrugila. 

Sinopsis nye.. Copy je.. Hehe..
Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih… Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.

Dunia Zarul - Menjadi 'anak ikan' pada Zalina, isteri seorang Datuk pada mulanya hanya kerana keseronakkan yang ingin dicari. Berpunca dari kehilangan kasih sayang daripada insan bergelar ayah sejak kecik dan kematian ibu serta makcik yang menjaganya. Tapi dia bukanlah 'gigolo' seperti yang lain kerana apa sahaja yang diberikan oleh Zalina itu tidak pernah diambil. Wang yang menyaranya selama ini adalah hasil daripada gaji sebagai bodyguard pada Zalina. Tambahan pula harta yang ditinggalkan oleh makciknya memang dapat menampung hidupnya selama bertahun-tahun. Makin lama perasaan ingin menjauhkan perbuatan terkeji itu datang dalam hatinya dan dia memerlukan insan yang dapat membantu dia berubah.

Dunia Edrinaz - Perkahwinan yang dibina bersama Shamsul Azman adalah kerana kehendaknya sendiri. Rasa sayang yang terlalu tinggi menutup segala keburukan Azman. Edrinaz berhak untuk berkawan atau berjumpa dengan sesiapa pun asalkan pandai menjaga diri. Erti cemburu seolah-olah tiada di dalam kamus hidup Azman. Ada masa Edrinaz merasakan suaminya langsung tidak memperdulikan hal dirinya dan rumahtangga. Sikap manjakan Edrinaz tak pernah dipamerkan dan kebanyakkan perbelanjaan rumah di tanggung oleh Edrinaz. Mungkin Azman fikir Edrinaz mempunyai perniagaannya sendiri, jadi dia lagi mampu untuk menguruskan semuanya. Sikap Azman yang begitu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Edrinaz dilepaskan hanya kerana hasutan dari pihak ketiga.

Perkenalan Zarul dan Edrinaz di alam cyber akhirnya menemukan mereka secara berdepan bila Zarul berkunjung ke kedai hiasan dalaman milik Edrinaz. Terkaku semasa kali pertama berjumpa dirasai Edrinaz tetapi bahagia buat diri Zarul. Walaupun sedar yang Edrinaz adalah isteri orang, tapi lama-kelamaan Zarul tidak dapat membohongi hatinya bila dia sedar yang dia mula sayangkan Edrinaz. Sikap Zarul yang lebih mengambil berat tentang diri Edrinaz memang menggoncang hatinya. Tetapi dia tetapkan perasaan bahawa Azman adalah lelaki yang ada dihatinya ketika itu. Penceraian Edrinaz dan Azman membuka ruang pada Zarul untuk menambat hati Edrinaz. Siapa sangka huluran salam diterima oleh Edrinaz. Rasa marah Zalina pada Zarul mengganggu hubungan mereka. Kehadiran semula Azman yang masih memerlukan Edrinaz mengakhiri hubungan mereka bila Edrinaz memilih Azman. Bahagia atau tidak milik Zarul, semua akan terjawab di dalam Serasi Di Hati. Kadang-kadang bukan semua yang berakhir dengan gembira itu terjadi pada semua.

No comments:

Post a Comment