Thursday 4 July 2013

Aku ingin kuat seperti emakku

Ya Allah, hanya Kau kekasih awal dan akhir ku. Selama aku hidup, hanya Kau sahaja yang sentiase bersameku. Hingga kini, hanya Kau sahaja yg menemaniku ketika aku susah dan senang. Hanya Kau yang dapat membantuku ya Allah. Ketika aku senyum dan gembira, xsesiapa tahu betapa aku sangat sedih dan kecewa dengan diriku sendiri. Aku tahu aku sangat kerdil untuk meminta dariMu ya Allah, tapi aku hanya ada Kau sahaja ya Allah. Tolong la aku ya Allah. 

Ketika susah, kebahagiaan didepan mate tidak dirase, tapi hanya duit dapat memberi kebahagiaan. Tapi, bile duit itu hanya sampingan bagi kite, hanya nikmat dan rase sayang yang dapat memberi kebahagiaan. 

Aku rindu emak yang sentisa senyum ketika susah dan senang. Hanya sabar yang menjadi kekuatan hidupnya. Emak, kak long nak kuat seperti emak. Aku dijage seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit pun aku xrase kurang. Terlebih2 lagi ade. Pernah aku teringat, emak sanggup mengeluarkan duit yg dikumpul hanya utk aku pergi ke kelab sekolah di PKNS Shah Alam. Memelukku ketika aku dalam kesusahan. Kini, hanya perasaan rindu dan kenangan yang bersemadi dalam hatiku. Kenangan bersame emak dari kecil hingga dewasa akan kujadikan sumber inspirasi untukku jadi lebih kuat. Aku rindu emak. Hari ni Khamis, insyaallah kami adik-beradik akan buat tahlil untuk emak. 

Aku rindu my hubby yang sentiase bersameku ketika aku susah dan senang. Ya Allah, berilah keselamatan dan permudahkanlah segala urusan kerja untuk suamiku di perantauan sane. 

Berilah aku kekuatan menjalaninya. Aku percaye bahawa segalanya terbaik untukku kerana Kau Maha Mengetahui. 

No comments:

Post a Comment