Friday 19 July 2013

Perjalanan Hidup Kite

 Assalamualaikum wbr...

Tiada siapa yang tahu perjalanan hidup kita melainkan Allah SWT.

Kita hanya merancang, Allah juga penentu segala-galanya.

Alhamdulillah masih hidup segar penuh tenaga, kini bersama anakanda tercinta dan keluarga. Biarpun terpaksa hidup berjauhan dengan suami tercinta, hari-hari yang dilalui yang dirasakan penuh rintangan terus berjalan lancar dengan bantuan keluarga dan berkat doa dari insan2 yang sudi menyayangi I. 


I ingin hidup dengan semua insan yg I sayangi. Kun fayakun. Memang Allah dah berkata begitu. Rupanya kerana Allah SWT ingin memberi pelangi. Mungkin berjauhan dengan suami itu adalah lebih baik untuk I belajar erti kehidupan dengan lebih mendalam kerana di zaman awal remaja lagi segala2nya bergantung pada emak. I akui, dapat banyak belajar pahit dan manisnye hidup ini, sangat mengajar saya erti dewasa, sedikit sebanyak mengubah sikap dan personaliti I, namun itulah yang telah Allah beri dan ia adalah terbaik untuk I. Bila I kenang-kenangkan semula, jika saya tidak tolak terima tawaran 13 tahun lalu, mungkin saya tidak akan bertemu jodoh dengan bakal suami yang telah menjadi suami saya hari ini.

MasyaAllah perancangan Allah sangat hebat!

Bila dikenang semula. Betapa baiknya Allah. Dulu dia tidak izinkan I untuk sesuatu. Namun Dia beri sesuatu yang lebih baik di tempat lain. Suatu yang ramai orang impikan. Yang peluang mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup iaitu HIDUP dengan tenang. Tapi, alhamdulillah. Selepas 13 tahun, rezeki I ada di sini. Mungkin I penah gagal dulu, tapi dengan rahmat dan taqdir Allah, rupanya dia tangguhkan rezeki itu. Sebab selepas 13 tahun, I dapat merasekan kurniaan Allah itu. In fact, I nampak biase tapi hakikatnye I sangat bersukur. Ya Allah, bila kukenang rahmatMu aku jadi malu sendiri. Betapa sedikit I bersyukur. Lebih banyak I merungut apa yang I tidak dapat berbanding apa yang I dapat. Kita mungkin tak dapat apa yang kita nak, sebab Allah tahu bila masa yang sesuai untuk beri.


Untuk masa ini I masih lagi diuji dengan belbagai perkara. Seperti cycle sahaja ia berputar. I berdoa untuk masa hadapan, nampaknya impian itu masih jauh dan sukar. Bezanya, dahulu I sentiasa tertekan, kini cuba untuk redha dan tenang. Melalui dengan penuh sangka baik dan berfikiran positif. 


"Mekah impianku"


Sebenarnya hidup tak selicin yang kita sangka. Allah SWT pun ada berfirman dalam AQ, apakah kamu sangka kamu beriman sedangkan kamu belum diuji? Ketika ujian datang baru kita tahu setinggi mana iman kita. I ada baca dalam majalah solusi, katanya "sesiapa yang tak bersabar ketika susah tak akan bersyukur ketika senang". Zappp!! sentap hati I. Selama ini dalam kategori mana saya??


Hati I sebenarnya terus berdebar-debar. Selepas ini ke mana agaknya I? Dalam tadbir kususuri jalan taqdir Mu. Entah panjang umur atau tidak Hanya kepadaMu aku mohon petunjuk. Amin.

No comments:

Post a Comment