Wednesday 2 October 2013

Bahana Makan Kenduri??

jumlah mati makan kenduri di tanjung dawai jumlah mangsa maut makan kenduri kahwin tanjung dawai
Seorang lagi mangsa keracunan makanan, kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai Kedah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) jam 7.15 malam, (Selase, 1 October 2013). Mangsa adalah Wan Razali Wan Yaacob berusia 56 tahun, seorang nelayan berasal dari Kampung Bonggol. So, ini adalah kes yg keempat. Memang kes ini sangat menggemparkan bile berita Ahad lepas keluar, I ni sebenarnye memang buke berita tv kul 8 tu tapi nak dengar tu, macam dengar x dengar. Tapi, kes ni memang satu yg sangat mengejutkan. Dari berita semalam sudah mengesahkan bahawa Bakteria Salmonella itu datang dari hidangan ayam goreng masak merah di kenduri itu. Juadah di kenduri itu disediakan secara gotong royong. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Ismail Abu Taat, dr kenyataan beliau sebahagian dari 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan itu didapati sudah busuk. 

bakteria salmonella punca keracunan makanan kenduri kahwin tanjung dawai

bakteria salmonella kesan punca keracunan makanan kenduri kahwin tanjung dawai
Hasil laporan siasatan terperinci yg dilakukan mendapati ayam yg busuk diasingkan manakala sebahagian yg masih elok digunakan utk masak. Ayam kemudian digoreng padi jan 9 pagi hingga jam 4 petang dan disimpan disuhu bilik. Cara penyimpanan yg tidak sesuai menyebabkan bakteria mudah merebak dan kaedah memasak yg tidak cukup tempoh menjadi faktor penyakit itu. Setelah disiasat, ayam yg sudah digoreng dicampur dengan sambal pada 28 September utk dihidangkan kepada pengunjung majlis telah mengandungi microorganisma yg dipanggil Salmonella.  

bakteria salmonella gambar punca keracunan makanan kenduri kahwin tanjung dawai
Sesape yg dikesan terkene jangkitan bakteria akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian jika lambat dapatkan rawatan. Sesape yg menikmati juadah tu telah diminta untuk buat pemeriksaan dengan segera bg memastikan tahap kesihatan mereka. 

No comments:

Post a Comment